Pelajar Perempuan Jatuh Dalam Gaung Di Lereng Bukit Tabur

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 7:06 PM

Bukit Tabur.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam gaung di lereng Bukit Tabur, dekat Taman Melawati ketika dalam perjalanan turun dari bukit itu pada Selasa.

Dalam kejadian 9 pagi itu, remaja yang dikenali sebagai Qhairun Fatin Khairul Amin, berusia dalam lingkungan 17 dan 18 tahun, dipercayai sedang menuruni bukit itu bersama sembilan lagi anggota kumpulan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.38 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Menurutnya, anggota kumpulan pelajar itu ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari dan memaklumkan lokasi kejadian tetapi lokasi sebenar mangsa masih belum dikenal pasti.

Misi pencarian mangsa masih dijalankan melibatkan 52 pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad mengesahkan kejadian itu.
Tags / Kata Kunci: jatuh , gaung , Bukit Tabur

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan