Tiga Rakan Dirompak, Dipukul Ketika Kereta Rosak Tepi Jalan

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 10:01 AM

Salah seorang mangsa memerlukan 17 jahitan selepas dipukul dengan pengunci motosikal.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga rakan telah dirompak dan seorang daripada mereka dipukul dengan teruk oleh empat perompak bersenjatakan senapang Taser dan pengunci motosikal selepas kereta mereka rosak di Ara Damansara.

Walaupun mereka menjerit meminta pertolongan, pemandu yang lalu-lalang hanya memperlahankan kenderaan, semata-mata untuk melihat dan berlalu pergi.

Salah seorang mangsa, Fiqa Liyana Chong, 25, berkata kereta mereka rosak selepas mereka keluar dari sebuah pusat beli-belah selepas makan pada awal pagi Sabtu.

Dia menunggu di dalam kereta manakala dua rakan lelakinya, berumur 28 dan 30 tahun, menunggu trak tunda di luar.

Kira-kira pukul 3 pagi, empat lelaki yang memakai topi keledar muncul, mengancam mereka dengan senjata Taser dan menghayunkan pengunci motosikal.

"Semuanya berlaku dengan pantas. Kami mengosongkan poket kami dan memberikan telefon dan dompet kami kepada mereka.

"Saya berjaya menyembunyikan telefon bimbit saya di bawah tempat duduk kereta," kata Fiqa, sambil menambah dia berlari keluar dari kereta apabila seorang perompak cuba untuk mencederakan dirinya.

"Terdapat kereta yang lalu-lalang dan melihat kami meminta bantuan. Tetapi mereka hanya melihat dan terus memandu.

"Kawan saya berteriak kepada tiga atau empat kereta untuk bantuan tetapi tidak ada yang datang menolong," katanya, sambil menambah salah seorang daripada perompak menggunakan pengunci motosikal untuk memukul rakannya di kepala dan tangan kiri.

Dia berkata suspek tiba-tiba takut dan beredar dari tempat kejadian selepas terdapat sebuah kereta yang akhirnya membuat pusingan-U untuk membantu mereka.

Fiqa berkata rakannya memerlukan 17 jahitan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Komisioner Azmi Abu Kassim mengesahkan laporan, dengan mengatakan bahawa polis sedang cuba mengenal pasti suspek.

Tags / Kata Kunci: dirompak , Fiqa Liyana Chong

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan