Empat Pekerja Binaan Maut Lif Terjatuh

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 6:37 PM

Empat pekerja binaan warga Indonesia maut manakala seorang warga Bangladesh cedera apabila lif pengangkut penumpang yang mereka naiki gagal berfungsi dan terjatuh dari tingkat 13 di tapak pembinaan blok kondominium di Presint 15 pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Empat pekerja binaan warga asing maut apabilalif pengangkut penumpang yang dinaiki mereka gagal berfungsi dan terjatuh daritingkat 13 di tapak pembinaan blok kondominium di Presint 15 di sini pada Isnin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Putrajaya, Deputi Superintendan Zaihairul Idrus berkata, warga Indonesia berkenaan yang merupakan penampal simen, berumur lingkungan 20-an meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Beliau berkata, warga Bangladesh itu pula merupakan operator lif tersebut berumur sekitar 40-an.

Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya manakala yang cedera turut dirawat di situ.

Kejadian berlaku kira-kira 10.45 pagi tadi. Zaihairul berkata, lif itu dipercayai mengalami masalah brek sehingga gagal dikawal dan menyebabkan ia terjatuh. Lif tersebut turut membawa beberapa kampit simen yang dianggarkan seberat  kira-kira 1,200 kilogram, katanya.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kes kematian mengejut dan pihak kedutaan Indonesia dan Bangladesh telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih disiasat dan kerja-kerja di kawasan itu dihentikan buat sementara waktu.

Tags / Kata Kunci: lif , Presint 15 , Indonesia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan