Kastam KLIA Patahkan Cubaan Seludup Dadah Melalui Kiriman Bungkusan

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 5:03 PM

Chik Omar Chik Lim (tengah) bersama pegawainya menunjukkan dadah jenis methamphetamine seberat 2.213 kg bernilai RM420,470 yang di rampas di Kompleks Kastam KLIA pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan tiga cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 2.213 kg bernilai RM420,470 melalui kiriman bungkusan pada bulan ini.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata ketiga-tiga kesberkenaan menggunakan modus operandi sama iaitu melalui perkhidmatan penghantaran cepat yang dikirim ke alamat palsu menggunakan nama orang tempatan.

"Ketiga-tiga bungkusan dikirim kepada Abdul Halim, Salim dan Ahmad Sulaiman...penerima sebenar hanya akan mengambil bungkusan terbabit di syarikat penghantaran dengan mendapatkan nombor pengesan," katanya pada sidang media disini, Isnin.

Chik Omar berkata dua lelaki warga Nigeria turut ditahan pada 6 dan 19 Mac berkaitan kes cubaan menyeludup dadah itu.

Menurutnya, dalam kes pertama suspek lelaki warga Nigeria ditahan diperkarangan Pos Laju Di Puchong yang dipercayai hadir untuk menuntut bungkusan.

Chik Omar berkata hasil pemeriksaan mendapati bungkusan dari Nigeria itu berisi enam tin puri tomato dengan empat daripadanya mengandungi serbuk kristal jernih putih yang diuji positif methamphetamine seberat 0.704 kg bernilai RM133,760.

Katanya kes kedua pula membabitkan penahanan lelaki warga Nigeria di Cuberjaya setelah disyaki memiliki bungkusan mengandungi dadah.

"Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan yang dikirim dari Dongguan, China itu mengandungi empat kamera litar tertutup (CCTV) yang disembunyikan di dalamnya dadah jenis methamphetamine seberat 1.020 kg bernilai RM193,800," katanya.

Menurutnya, dalam kes ketiga sebuah bungkusan dari Dalian, China yang dialamatkan ke Kepong dirampas pada 21 Mac lepas di premis sebuah syarikat penghantaran cepat di Subang, Selangor.

"Penerima bungkusan itu gagal dihubungi melalui nombor telefon tertera padakotak...siasatan mendapati ia mengandungi 20 batang payung jenis lipat yang batangnya diubah suai untuk menyembunyikan methamphetamine seberat 0.489 kg bernilai RM92,910," katanya.

Katanya, ketiga-tiga kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati. 

Tags / Kata Kunci: Kastam KLIA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan