Eric Paulsen Dibebaskan Dengan Jaminan Polis - Berita Jenayah | mStar

Eric Paulsen Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 7:07 PM

Paulsen Dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen yang ditahan reman di Lokap Balai Polis Jinjang pada Ahad dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira 3.30 petang Isnin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) itu dibebaskan selepas tamat tempoh reman sehari. 

Paulsen ditahan semalam berhubung dua kenyataannya mengenai undang-undang hudud di Twitter dan disiasat oleh polis Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1)(c)Akta Hasutan 1948. 

Paulsen sebelum ini turut didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kenyataannya di Twitter yang mendakwa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme. 

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.

Tags / Kata Kunci: Eric Paulsen
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan