Dua Warga Tempatan Disyaki Terbabit Dengan IS Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 6:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman berjaya menangkap dua orang warga tempatan yang disyaki terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Syria pada 7 dan 19 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan pada Isnin berkata, operasi yang dilakukan di sekitar Selangor itu membawa kepada penangkapan seorang lelaki dan wanita.

"Suspek wanita adalah seorang suri rumah berusia 28 tahun berasal dari Kedah dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Mac.

"Ketika itu suspek cuba berlepas ke sebuah negara jiran bagi tujuan ke masuk ke Syria," jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Manakala seorang lagi suspek lelaki adalah seorang kakitangan di sebuah jabatan kerajaan berusia 29 tahun berasal dari Sabah dan merancang  berlepas ke Syria bagi menyertai kumpulan IS.

"Suspek yang meninggalkan tugas sejak Disember 2012 telah menyusup ke negara jiran pada awal Februari 2015 sebelum berlepas ke Syria.

"Dia ditahan ketika cuba kembali ke Malaysia menggunakan pasport tulen sebuah negara jiran yang diperolehi secara tidak sah pada 19 Mac lalu.

"Tujuan suspek kembali ke negara adalah untuk merekrut beberapa individu tempatan untuk menyertai kumpulan IS.

"Dia juga dikesan mempunyai hubungan dengan seorang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan tersebut di Syria," tambah beliau.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah kesalahan berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta (747).

Tags / Kata Kunci: IS , PDRM , Tan Sri Khalis Abu Bakar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan