10 NGO Buat Laporan Polis Terhadap Akaun FB Palsu MB Pahang

Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 9:27 PM

Adnan Yaakob

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sepuluh buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Isnin membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuka akaun Facebook (FB) palsu menggunakan nama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Laporan itu dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini terhadap pihak berkenaan yang menggunakan nama akaun 'Dato Sri Diraja AdnanYaakob' kerana dipercayai cuba menjatuhkan nama baik, imej dan maruah beliau.

Penolong Pegawai Media Umno Pahang, Amir Rozaini Ahmad Rani berkata, paparan status yang dimuat naik dalam FB itu sama sekali tidak mencerminkan keperibadian Menteri Besar Pahang dan telah disalahgunakan oleh pihak terbabit.

"Itu akaun palsu dan ia juga dianggap sebagai satu bentuk provokasi berniat jahat bertujuan untuk memburukkan nama baik Menteri Besar Pahang sekali gus menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat negeri ini.

Akaun yang dipercayai dibuka sejak tahun 2012 ini dilihat semakin aktif sejak kebelakangan ini dengan aktiviti terkini dikesan pada Sabtu lepas memuat turun status berbaur provokasi," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Sementara itu, Pengerusi GPMS negeri, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya segera menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan ke atas pihak terbabit.

"Selain itu, kita mahu pihak terlibat segera menutup akaun FB tersebut agar tidak timbul kekeliruan terhadap orang ramai," katanya.

Antara 10 NGO yang membuat laporan polis itu ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri, GPMS Kuantan, GPMS Paya Besar, dan Majlis Belia Negeri Pahang. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Akuan FB Palsu , MB Pahang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan