Feri Sedang Diselenggara Di Pelabuhan P.Pinang Terbakar

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 6:31 PM

Bahagian dek bawah yang menempatkan bilik enjin sebuah feri yang sedang diselenggara di Pelabuhan Pulau Pinang di sini terbakar pada kira-kira 10.30 pagi Ahad. Foto twitter @bombaJPBM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Bahagian dek bawah yang menempatkan bilik enjin sebuah feri yang sedang diselenggara di Pelabuhan Pulau Pinang di sini terbakar pada kira-kira 10.30 pagi, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Butterworth.

Menurut jurucakap jabatan itu, kebakaran di ruang berkeluasan kira-kira 19 meter persegi itu telah menyebabkan ia dipenuhi asap tebal.

Anggota bomba terpaksa memakai topeng oksigen khas dan menggunakan alat khas dikenali sebagai PPV bagi menyedut keluar asap berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

"Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dibantu bomba Pelabuhan Pulau Pinang memadamkan kebakaran menggunakan bahan jenis busa dan kebakaran berjaya dikawal pada kira-kira 11.53 pagi," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, tiada yang cedera dalam kebakaran itu.

"Hanya 30 peratus bahagian dek bawah terbakar. Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan