Balu Sarjan Tidak Endah Dua Notis Kosongkan Kuaters - KP Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 5:49 PM

Abdul Samah Mat

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan mengosongkan unit didiami balu seorang sarjan polis terpaksa diambil setelah balu itu tidak mengendahkan dua notis pemberitahuan dikeluarkan pada 23 Jun 2014 dan 23 Februari 2015, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Beliau berkata atas dasar kebajikan dan belas ihsan, balu sarjan polis itudan tiga anaknya telah dibenarkan mendiami kuarters selama kira-kira setahun tiga bulan sedangkan mengikut peraturan perlu mengosongkan kuarters dalam masa sebulan.

Beliau menjelaskan mengikut peraturan, sekiranya seseorang pegawai atau anggota polis meninggal dunia, balu atau keluarganya yang mendiami perumahan polis, perlu mengosongkan perumahan itu dalam masa satu bulan. 

"Atas dasar kebajikan dan belas ihsan, Pegawai Pemerintah boleh menggunakan kuasa dan budi bicara untuk membenarkan balu mendiami perumahan kerajaan sehingga tempoh tiga bulan dari tarikh kematian suami. 

"Dalam kes ini, Allahyarham yang tugas akhirnya di Cawangan Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 24 Disember 2013 dan sejak tarikh tersebut, balu Allahyarham dan tiga anaknya terus mendiami rumah berkenaan sehingga Selasa lepas iaitu selama lebih kurang setahun tiga bulan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Abdul Samah berkata demikian susulan tersebarnya gambar-gambar dan maklumat tidak tepat dalam media sosial Facebook kononnya polis bertindak kejam apabila memecah masuk dan membuang barangan balu polis berkenaan di Perumahan Polis Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya.

Katanya, pada Selasa lepas polis memasuki rumah berkenaan dan memindah keluar barang-barang milik balu Allahyarham dan ketika itu balu tersebut berada di Ipoh. 

"Barang-barang dan peralatan masih berkeadaan baik seperti perabot, sofa, pendingin hawa, peralatan dapur, barangan elektrik dan sedikit pakaian telah diasingkan di mana polis telah menyediakan sebuah lori bagi tujuan pemindahan ke mana-mana lokasi," katanya.

Beliau menjelaskan, selepas kematian Allahyarham, kebajikan balu dan anak-anaknya telah diberi perhatian sewajarnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah telah menerima pelbagai bantuan dan imbuhan dari PDRM termasuk tabung-tabung yang diperuntukkan kepada seseorang anggota polis.

"Antara bantuan dan imbuhan yang diterima ialah pembayaran Gratuiti,Insurans Koperasi Polis, Insurans Kerajaan RM18,000 dan Tabung Khairat Kematian Kontinjen Selangor RM12,000 dengan jumlah keseluruhan bantuan dan imbuhan yang diterima balu Allahyarham adalah sebanyak RM147,000 tidak termasuk derma dan sumbangan peribadi daripada kalangan pegawai dan anggota.  

"Di samping itu, beliau juga menikmati wang pencen bulanan Allahyarham sebanyak RM2,333. Allahyarham juga ada meninggalkan kepada balunya beberapa harta sepencarian yang antaranya sebuah rumah di Ipoh dan sebuah kenderaan.

"Dengan jumlah imbuhan, bantuan dan pencen bulanan yang diterima sedikit sebanyak tentunya dapat membantu balu Allahyarham dan anak-anaknya meneruskan kehidupan mereka,” katanya.

Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah sedaya upaya cuba membantu balu Allahyarham termasuk membantu mencari rumah baharu dengan mencadangkannya tinggal di flat Kayu Ara, Damansara tetapi balu Allahyarham tetap enggan berpindah.

"Walaupun kita simpati dengan nasib balu Allahyarham bersama anak-anaknya ini tetapi kita juga perlu membantu anggota kita yang menyewa di luar termasuk menyewa di setinggan dan menyewa bilik. Kita telah bagi banyak kelonggaran kepadanya untuk minta dia berpindah," katanya. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PDRM , Ketua Polis Selangor , Balu Sarjan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan