#KitaLawan: Tian Chua Pula Ditahan - Berita Jenayah | mStar

#KitaLawan: Tian Chua Pula Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mac 2015 12:28 PM

Tian Chua
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan haram #KitaLawan di ibu negara baru-baru ini.

Penahanan Tian yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjadikan beliau sebagai individu ke 11 ditahan berhubung perhimpunan berkenaan.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil Tian ditahan kira-kira pukul 11.53 pagi Jumaat.

Terdahulu, Tian hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi difahamkan untuk dirakamkan percakapan.

Berdasarkan penahanan sebelum ini berhubung perhimpunan yang sama, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Antara yang pernah ditahan adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong serta aktivis muda, Adam Adli Abdul Halim dan Mandeep Singh.

Perhimpunan #KitaLawan diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tags / Kata Kunci: #KitaLawan , Tian Chua
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan