Pemandu Malaysia Ditahan Di Singapura Cuba Seludup Rokok Bernilai Lebih RM400,000

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 9:04 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan dua pemandu lelaki warga Malaysia pada Isnin kerana cuba menyeludup tembakau dan rokok yang belum dijelaskan duti dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bernilai S$155,330 (RM413,180) di Pusat Pemeriksaan di Tuas dan Woodlands. 

Kedua-dua lelaki yang berusia 46 dan 42 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

Dalam kenyataan pada Selasa, ICA berkata pegawainya membuat pemeriksaan rutin ke atas lori treler yang berdaftar di Malaysia itu, yang membawa konkrit pratuang, sebaik ia tiba di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 5.45 pagi.

Hasil pemeriksaan itu, pegawai ICA menemui dua beg sampah hitam yang disorok di tempat penyimpanan alat kenderaan.

Beg itu mengandungi 8,220 paket tembakau kunyah 'Hans Chhap'. 

Pada 6.15 pagi hari sama, di Pusat Pemeriksaan Woodlands, seorang lagi pemandu rakyat Malaysia ditahan selepas pemeriksaan oleh pegawai ICA menemukan anomali dalam imej imbasan dan melakukan pemeriksaan terperinci.

Konsainmen barangan itu diisytiharkan kusyen tempat duduk belakang dan tempat duduk kenderaan.

Bagaimanapun semasa pemeriksaan itu, pegawai ICA menemukan 1,549 karton rokok yang belum dibayar duti, yang dibungkus dalam konsainmen itu.


Tags / Kata Kunci: produk tembakau , rokok seludup , ICA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan