Rompak Outlet Jam Tangan Di Beijing, Warga Malaysia Mungkin Dipenjara 15 Tahun

Diterbitkan: Rabu, 18 Mac 2015 2:54 PM

Suasana di lokasi kejadian pada 16 Mac lalu. -foto Beijing News

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Rakyat Malaysia yang didakwa merompak sebuah kedai jam tangan mewah di kawasan tumpuan beli-belah di sini berkemungkinan berdepan hukuman penjara lebih dari 15 tahun.

Kit Moi Leng ditangkap oleh polis pada Isnin, selepas dia merompak 11 utas jam tangan bernilai 3 juta yuan (RM1.78 juta) di outlet jam tangan Cartier, kira-kira pukul 7 malam.

Profesor Sains Politik dan Undang-Undang Universiti China, Ruan Qilin memberitahu Beijing News bahawa suspek berusia 38 tahun boleh dihukum di bawah Artikel 263 Undang-Undang Jenayah China.

Ruan berkata artikel khusus menetapkan bahawa sesiapa yang melakukan rompakan harta atau jumlah wang yang besar akan menghadapi hukuman penjara 10 tahun atau lebih atau penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Beliau berkata rompakan itu tidak menyebabkan kecederaan atau kematian. Oleh itu, beliau menganggarkan hukuman penjara lebih daripada 15 tahun mungkin dikenakan kepada suspek.

Polis Beijing, menerusi akaun rasmi Weibo berkata mengambil tindakan segera selepas menerima laporan mengenai rompakan itu. Suspek ditahan kira-kira 22 minit kemudian.

"Siasatan awal kami mendapati suspek melakukan rompakan itu kerana dia mempunyai kesukaran untuk memenuhi keperluan. Dia merompak kedai dengan pistol mainan plastik berwarna hitam, " kata laman web itu.

Beijing News memetik pengurus outlet Cartier sebagai berkata bahawa suspek yang memakai topeng mengikat tangan pembantu jualan wanita yang bersendirian di kedai.

Seorang lagi pekerja memberitahu akhbar itu bahawa suspek beredar dari situ menaiki teksi.

 Berita mengenai rompakan itu telah tersebar meluas di media sosial.

Netizen memberikan komen bahawa suspek adalah orang asing yang jelas tidak memahami keadaan lalu lintas dan keselamatan yang ketat di daerah beli-belah yang popular itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan