Tiga Pelancong Australia Cedera Kereta Masuk Gaung - Berita Jenayah | mStar

Tiga Pelancong Australia Cedera Kereta Masuk Gaung

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 11:32 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tiga pelancong Australia cedera, seorang daripadanya parah, selepas kereta dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung di Kampung Kebayau, Jalan Tuaran Lama-Kiulu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata, pelancong yang cedera parah ialah seorang lelaki berumur 47 tahun manakala dua yang cedera ringan ialah wanita berumur 39 tahun dan remaja lelaki berumur 15 tahun.

Turut cedera parah dalam kemalangan 3.50 petang itu ialah pemandu kereta berkenaan seorang wanita tempatan berumur 44 tahun yang merupakan kenalan kepada pelancong berkenaan, katanya dalam kenyataan tanpa memberikan butiran identiti mereka.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan, katanya.

Chandra berkata, siasatan awal mendapati kereta dalam perjalanan dari arah Kiulu ke Kota Kinabalu itu gagal dikawal oleh pemandunya dan terhumban ke dalam gaung.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan