Nurul Nuha Diarah Beri Keterangan Polis Berhubung #KitaLawan - Berita Jenayah | mStar

Nurul Nuha Diarah Beri Keterangan Polis Berhubung #KitaLawan

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 5:37 PM

Nurul Nuha Anwar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar diarahkan untuk memberi keterangan kepada polis berhubung penglibatannya dalam perhimpunan #KitaLawan di Jalan Tunku Abdul Rahman pada 7 Mac lalu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, polis menghubungi Nurul Nuha supaya merakamkan kenyataannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berhimpun secara haram.

"Tarikh dan waktu masih belum ditetapkan lagi," katanya kepada The Star Online.

Isnin lalu, Kakak kepada Nurul Nuha, Nurul Izzah Anwar ditahan di bawah Akta Hasutan kerana didakwa membuat tuduhan terhadap institusi kehakiman negara ketika membacakan ucapan Ketua Pembangkang yang juga ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat minggu lepas.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut ditahan kerana menyertai himpunan #KitaLawan.

Nurul Izzah pada Selasa dibebaskan dengan jaminan polis, selepas kenyataannya direkodkan.



   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan