Mayat Pesara Tentera Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 1:53 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Mayat seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan tergelicir semasa memukat ikan di tebing Sungai Cherul di sini, ditemui petang Isnin.

Pegawai Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azmi Ab Rahim berkata mayat Rozaidi Sidek, 41, ditemui pasukan RELA yang bertugas di Felda Cherul, selepas rakannya meminta bantuan untuk mencari mangsa.

"Mangsa yang tinggal di Setiawan, Perak datang ke sini bersama-sama 30 rakan untuk berkhemah dan dipercayai tergelincir ke lubuk sungai sedalam lebih dua meter pada 10 pagi Isnin.

"Rakannya cuba membantu, namun gagal. Mereka meminta bantuan pasukan RELA yang kemudiannya menjumpai mayat mangsa di dasar sungai pada 2 petang, tidak jauh dari tempat beliau dilaporkan terjatuh," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Tags / Kata Kunci: Tentera , Mayat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan