Gas Bocor: Lima Rakyat Malaysia Maut Di China

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 7:30 AM

Pemanas air. (gambar hiasan)

(Ubah saiz teks)

 PETALING JAYA: Lima rakyat Malaysia dipercayai meninggal dunia akibat kebocoran gas daripada sistem pemanas air di pangsapuri mereka tinggal di Nanning, China. 

Difahamkan seorang lagi wanita warga Malaysia terselamat dalam kejadian tersebut bagaimanapun dia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. 

Menurut kenyataan daripada Persatuan Penjaja Kecil Johor Baru, menyatakan antara mereka yang terkorban ialah presidennya, Chin Yoke Weng. 

Setiausaha persatuan berkenaan, Khoo Beng Chin, dipetik sebagai berkata Chin dan beberapa rakannya berada di China untuk meneroka peluang perniagaan di sana. 

Identiti mangsa lain masih belum dikenal pasti kerana mereka bukan ahli persatuan tersebut. 

Kesemua rakyat Malaysia yang terlibat merupakan ahli perniagaan yang berasal dari Johor Baru. 

Kebocoran gas itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang nyenyak tidur. 

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan