Nurul Izzah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis - Berita Jenayah | mStar

Nurul Izzah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Selasa, 17 Mac 2015 1:53 PM

Nurul Izzah Anwar dibebaskan dengan jaminan polis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar dibebaskan dengan jaminan polis, selepas kenyataannya direkodkan berhubung ucapan berbaur hasutan yang didakwa diucapkan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Parlimen minggu lalu. 

Beliau telah dibebaskan daripada Balai Polis Dang Wangi pada pukul 12.15 tengah hari Selasa dengan tempoh reman yang tidak dilanjutkan. 

"Sukacita dimaklumkan bahawa pihak polis telah memutuskan untuk tidak menyambung tempoh reman selama empat hari seperti yang dicadangkan sebelum ini. 

"Ia berikutan bantahan yang diterima ekoran penahanan beliau pada Isnin, yang disifatkan sebagai tidak wajar kerana kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dalam membantu siasatan dalam kes ini," kata peguam Nurul Izzah, R. Sivarasa kepada pemberita di luar balai polis Dang Wangi pada Selasa.

Beliau berkata Naib Presiden PKR itu perlu hadir di balai polis berkenaan sekali lagi pada 16 April. 

"Bon jaminan tersebut hanya sah untuk tempoh sebulan, dan beliau perlu hadir ke balai polis Dang Wangi pada 16 April. 

"Bagaimanapun, ia tidak bermakna mereka akan mendakwa beliau," tambahnya. 

Nurul Izzah turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya dan mempertahankan tindakan aktivis lain seperti Mandeep Singh, Adam Adli dan Teo Kok Seong yang turut ditahan kerana menyertai himpunan Kita Lawan pada 7 Mac lalu. 

Beliau berkata ia menyifatkan tindakan mendakwanya adalah bertentangan dengan undang-undang kerana dia mempunyai imuniti sebagai Ahli Parlimen sepertimana yang termaktub dalam Artikel 63 (2), Perlembagaan Persekutuan. 

"Ini merupakan satu serangan terhadap hak saya sebagai Ahli Parlimen dan ia akan turut menjejaskan kebebasan bersuara wakil rakyat lain pada masa akan datang," katanya. 

Nurul Izzah ditahan di bawah Akta Hasutan pada Isnin kerana beliau didakwa membuat tuduhan terhadap institusi kehakiman negara ketika membacakan ucapan Ketua Pembangkang yang juga ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat minggu lalu. 

Beliau turut ditahan kerana menyertai himpunan Kita Lawan.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan