Sting Tumpas Dua Kumpulan Kongsi Gelap Edar Dadah Di Sungai Petani

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 6:57 PM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Dua kumpulan kongsi gelap dikenali Geng 04 dan Geng 36, yang aktif mengedar dadah di kawasan Sungai Petani, berjaya ditumpaskan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman bersama-sama polis Kedah dalam serbuan pada Khamis dan Jumaat lepas.

Timbalan Komander II Sting, SAC Roslan Abd Wahid berkata dalam tiga serbuan itu, polis menahan enam suspek iaitu lima lelaki dan seorang wanita berusia 26 hingga 53 tahun, termasuk ketua Geng 04.

"Serbuan pertama pada 12 Mac lalu, pukul 9.15 malam, kami menahan kereta dinaiki dua lelaki berusia 26 dan 32 tahun, dan merampas dadah jenis heroin seberat 5.4 kilogram, dianggarkan bernilai hampir RM120,000.

"Dua lagi serbuan pada 13 Mac, antara pukul 12.30 pagi hingga pukul 2.30 pagi di Sungai Division, Bukit Selambau dan Taman Seri Wang, Sungai Petani, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, Isnin.

Roslan berkata, kumpulan Geng 04 aktif menjalankan transaksi dadah heroin melibatkan kira-kira 15 hingga 30 paun atau 10 kilogram dalam tempoh seminggu, yang boleh membawa keuntungan antara RM150,000 hingga RM200,000 seminggu.

Katanya polis turut menyita harta kumpulan terbabit dipercayai diperoleh hasil daripada aktiviti menjual dadah iaitu sembilan buah kereta, tiga buah motosikal, barang kemas dan wang tunai yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM610,300.

Roslan berkata dengan penahanan keenam-enam suspek, polis berjaya melumpuhkan aktiviti pengedaran dadah di Sungai Division, Padang Lembu, Sidam,  Bukit Selambau dan Kuala Muda.

"Kami akan meneruskan siasatan dan mencari saki baki ahli kumpulan berkenaan," katanya.

Kesemua suspek direman selama seminggu bermula Jumaat lalu, katanya.
Tags / Kata Kunci: Sting , SAC Roslan Abd Wahid , Geng 04 , Geng 36

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan