Mayat Reput Dengan Tangan Terikat Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 16 Mac 2015 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Mayat yang hampir reput dengan tangan terikat dan leher terjerut kain ditemui dalam kawasan hutan di Kampung Sethu di sini pagi Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah berkata mayat lelaki itu ditemui seorang pencari buluh kira-kira pukul 10.17 pagi.

"Tangan mayat terikat tali nylon manakala lehernya terjerut dengan kain.

Mayat hanya berseluar," katanya dan menambah tiada sebarang dokumen diri ditemui bersama mayat.

Beliau berkata kes disiasat bersabit bunuh.

Tags / Kata Kunci: Nibong Tebal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan