Pelajar Didakwa Dikurung Dalam Bilik Cuba Bunuh Diri

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 10:37 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang didakwa dikurung di dalam bilik, berada dalam keadaan kritikal selepas cuba membunuh diri dengan minum racun rumpai.

Bapanya S. Ganesan, 52, berkata kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini pada Rabu.

Ganesan mendakwa bahawa anaknya mengalami trauma selepas dua orang guru sekolahnya memaksa anaknya membuat laporan polis terhadap dirinya.

Kedua-dua guru kanak-kanak itu didakwa membawanya ke Balai Polis Lukut di mana mereka menyuruhnya menandatangani laporan yang mendakwa bahawa Ganesan cuba memaksanya supaya murtad.

Budak lelaki itu didaftarkan sebagai seorang Islam dalam sijil kelahiran dan kad pengenalan berikutan perkahwinan Ganesan sebelum ini dengan wanita Indonesia.

Guru-guru itu didakwa membawanya ke Pusat Islam di sini di mana dia telah dikurung untuk beberapa jam.

Ganesan membuat laporan polis tidak lama selepas anaknya dimasukkan ke hospital, dan polis juga telah memulakan siasatan terhadap perkara itu.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dan Pengarah Pendidikan negeri Datuk Kalsom Khalid berkata mereka telah menerima laporan mengenai dua guru itu dari sekolah berkenaan.

Mereka enggan mengulas lanjut kerana pihak polis sedang menyiasat kes itu.
Tags / Kata Kunci: bunuh diri , S. Ganesan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan