Seorang Maut, Tujuh Cedera Kemalangan Di LPT

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mac 2015 9:56 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang maut manakala tujuh lagi cedera  apabila kenderaan MPV mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan serta  terbalik di Kilometer 205.6 Lebuhraya Pantai Timur arah ke Kuala Lumpur pada Jumaat malam.

Kenderaan itu dilapor terbabas setelah tayar belakang sebelah kanannya pecah dalam kejadian 1.35 tengah hari itu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang, Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Fatimah Bakar, 64.

Sementara lima lagi yang parah ialah pemandu MPV itu, Mohd Khairi Mohd Jantan, 41, tiga orang anaknya Nur Khairunnisa, 12, Muhamad Qusyairi, 11, Nur Khairina, 9, dan adik iparnya Tuan Nur Liyana Tuan Kob, 23.

Beliau berkata isteri Mohd Khairi, Tuan Norakma Tuan Kob, 38, dan anak bongsu mereka Mohamad Haikal Ramadhan, 2, hanya cedera ringan.

Keluarga tersebut dari Terengganu dalam perjalanan dari arah Kemaman menghala Kuantan.

Mohd Noor berkata mereka yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan , LPT

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan