Tiga Lelaki Menyamar Kastam Untuk Samun Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menyelesaikan tujuh kes samun dan pemerasan menggunakan taktik menyamar sebagai pegawai kastam selepas menahan tiga lelaki di Taman Johor Jaya, di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata ketiga-tiga lelaki berumur antara 22 hingga 28 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang oleh anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di perumahan berkenaan.

"Polis merampas empat pas Kastam, tiga ves Kastam, dua topi Kastam, satu kad kuasa pasukan Askar Timbalan Setia Negeri (JMF), wang tunai RM1,400, dua pasport Filipina, dua walkie talkie serta lapan karton rokok kretek daripada mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Jumaat.

Mohd Mokhtar berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiganya melakukan kegiatan itu sejak dua tahun lepas di sekitar kawasan Seri Alam di sini.

Beliau berkata kesemuanya yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Sementara itu, Mohd Mokhtar berkata polis menyelesaikan satu kes kecurian wang angpau majlis perkahwinan dengan penahanan seorang lelaki rakyat Peru, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, Selangor, Rabu lepas.

Beliau berkata lelaki berumur 60 tahun itu dipercayai mencuri wang hasil pemberian tetamu yang diletakkan di dalam sebuah kotak pada majlis yang diadakan di sebuah restoran di Taman Sutera Utama, Skudai di sini, 14 Feb lepas.

"Lelaki itu ditahan pada pukul 10 malam di lapangan terbang berkenaan selepas polis bertindak hasil maklumat orang ramai. Polis kini sedang meneruskan siasatan bagi mengesan sekurang-kurangnya dua lagi lelaki yang masih bebas yang dipercayai turut terlibat dengan kes itu," katanya.

Katanya, lelaki terbabit kini direman bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Polis , Samun , Kastam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan