Budak Setahun Diculik, Ditemui Semula

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun yang diculik oleh seorang wanita warga Indonesia di rumah pengasuhnya di Taman Andalas di sini Rabu lepas, berjaya ditemui semula petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, kanak-kanak itu ditemui selamat di sebuah rumah di Kepong, sejurus selepas polis menahan dua wanita masing-masing berusia 25 dan 40 tahun di sebuah pasar raya di Damansara, Petaling Jaya pada pukul 5 petang.

"Rabu lepas, perempuan Indonesia terbabit dilaporkan melawat kanak-kanak itu di rumah pengasuhnya...apabila pengasuh kanak-kanak itu ke bilik air, suspek mengambil kesempatan melarikan kanak-kanak berkenaan bersama seorang lelaki yang menunggu di luar rumah (pengasuh) dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang.

"Berikutan laporan daripada bapa mangsa, polis membuat siasatan dan menahan dua wanita termasuk suspek utama kes ini, iaitu wanita Indonesia berusia 40 tahun," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan penahanan suspek wanita itu, polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di sebuah rumah di Jalan Batu Nilam 1, Bukit Tinggi di sini, kerana disyaki terlibat melarikan kanak-kanak berkenaan.

Berikutan penahanan lelaki itu, polis turut merampas pelbagai jenis telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Proton Wira yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

"Siasatan menunjukkan wanita Indonesia dan keluarga kanak-kanak itu saling mengenali dan suspek utama mengaku melarikan mangsa kerana menyukai kanak-kanak berkenaan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan