Tiga Remaja Rentung Dalam Kemalangan

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 1:39 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tiga rentung manakala tiga lagi  cedera selepas kereta Kia Spectra yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dan terbakar di KM164 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Tangkak, Ledang, Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Kalidasan Gurbachan Singh, 22, manakala dua lagi masih belum dikenal pasti identitinya.

Tiga yang cedera, kesemuanya wanita dikenal pasti sebagai K. Sarmila, 22,  Suvathavanu, 18, dan Padisan, katanya di sini.

Jurucakap itu berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.13 pagi dan sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak tiba di tempat kejadian, kira-kira lima minit kemudian.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan , Rentung

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan