Mayat Anggota PGA Ditemui Tertiarap Di Pesisir Pantai Tanjung Aru

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 9:36 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Mayat seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemui dalam keadaan tertiarap di pesisir pantai Tanjung Aru di sini awal hari Khamis, kata pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Fadzil Mohd Ali.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Koperal Hasmadi Hasnan, 32, anggota di Pos Kawalan PGA Tanjung Pasir di sini.

Mayatnya ditemui penduduk kampung jam 5 pagi setelah dilaporkan hilang sejak Rabu.

Katanya kehilangan mangsa disedari selepas isterinya, berusia 29 tahun datang ke pos kawalan PGA Tanjung Pasir semalam, untuk memastikan suaminya berada di situ selepas keluar dari rumah untuk balik ke pos kawalan itu Selasa lepas pada pukul 2 petang.

Menurut beliau, penduduk kampung menemui bot yang dipercayai dinaiki Hasmadi berada dalam keadaan bocor dan tidak ada enjin, berserta kelengkapan lain seperti kasut, tangki minyak dan air di kawasan perairan Tanjung Aru pada pukul 1.30 tengah hari, semalam.

Laporan yang diterima menunjukkan Isnin lepas, mangsa balik ke rumahnya di Tanjung Aru dari pos kawalan PGA Tanjung Pasir dan dihantar dengan menaiki sebuah bot oleh rakan setugasnya serta memaklumkan akan kembali bertugas semula pada keesokan harinya (Selasa), katanya kepada Bernama di sini.

Fadzil berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Bagaimanapun siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan dan diserahkan kepada anggota keluarga untuk urusan pengebumian di Tanjung Aru.

Hasmadi yang berasal dari Perak meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan