Laporan Palsu Wang Kertas RM100 Berniat Jahat

Diterbitkan: Khamis, 12 Mac 2015 11:08 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Bukit Aman menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa polis akan menangkap individu-individu yang menyebarkan gambar wang palsu RM100.

Khabar angin ini tersebar pada Khamis dalam bentuk gambar laporan sebuah portal berita dalam talian yang memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata bahawa "mereka yang menyebarkan nota RM100 palsu di WhatsApp akan ditangkap!".

Penolong Ketua, Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad  mengesahkan bahawa gambar itu sememangnya dipalsukan dan bahawa khabar angin itu tidak benar.

"Ini adalah perbuatan sengaja dan berniat jahat yang dilakukan oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab, tidak matang dan busuk hati.

"Ketua Polis Negara dan The Malay Mail kedua-duanya menjadi mangsa kepada niat jahat itu, yang bertujuan menyebabkan kemudaratan kepada reputasi dan kredibiliti mereka," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

ACP Asmawati menambah bahawa editor dari portal berita dalam talian itu juga telah mengesahkan bahawa gambar itu dipalsukan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan