Singapura Tahan Warga Malaysia Cuba Seludup Rokok

Diterbitkan: Rabu, 11 Mac 2015 11:10 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang pemandu dan kelindan lori warga Malaysia ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Selasa kerana cuba menyeludup rokok yang belum dijelaskan cukai bernilai S$285,800 (RM762,093).

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menahan pemandu dan kelindan, masing-masing berusia 38 dan 32 tahun itu, selepas menemukan 3,203 karton dan 979 bungkusan rokok disorok bersama barangan lain di bahagian belakang lori yang didaftarkan di Malaysia.

ICA, dalam kenyataan pada Rabu, berkata konsainmen barangan itu yang diisytiharkan sebagai 'pelbagai bahagian plastik' diarah untuk pemeriksaan lanjut selepas pegawai menemukan anomali dalam imej imbasan.

Semasa pemeriksaan, pegawai kami menemukan rokok yang duti belum dibayar disorok bersama kiriman barang di bahagian belakang lori berkenaan.

Duti dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bagi rokok dan tembakau kunyah yang belum dibayar duti, masing-masing berjumlah kira-kira S$261,000 (RM695,502) dan S$24,800 (RM66,086).

Kedua-dua rakyat Malaysia itu kemudian diserahkan kepada pihak Kastam Singapura untuk tindakan susulan.
Tags / Kata Kunci: ICA , seludup rokok , CBP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan