Polis Nafi Khabar Angin Bom Berhampiran KLIA

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 7:10 PM

ACP Mohd Yusoff Awang menyerah kembali lukisan milik Chen Shijie (kanan) yang dijumpai Disember lalu.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Polis pada Selasa menjelaskan penyebaran maklumat sejak semalam kononnya terdapat bom berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga hampir mencetuskan rasa panik adalah palsu. 

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang ASP Mohd Iqbal Ibrahim ketika ditanya pemberita di sini mengenai penyebaran maklumat berkenaan mengesahkan bahawa tiada sebarang insiden berkaitan bom dilaporkan dikawasan KLIA pada Isnin.

"Tidak ada bom dekat KLIA semalam. Perkara itu tidak benar," katanya yang menyedari maklumat berkenaan yang tersebar luas melalui rangkaian media sosial.

Menurut maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp sejak semalam kononnya terdapat sebutir bom berhampiran KLIA dalam radius (lingkungan) 30 kilometer.

Namun gambar yang disertakan bersama maklumat tersebut menunjukkan gambar pas pekerja seorang individu lelaki petugas MASKargo yang bernama 'Bom'.

Terdahulu pada majlis hari ini, seorang pelukis terkenal China, Chen Shijie menyampaikan surat penghargaan kepada Mohd Iqbal atas kejayaan menemui semula enam lukisan beliau yang bernilai RM1.5 juta pada Disember lepas.

"Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya dari IPD Sepang terutamanya ASP Mohd Iqbal atas kejayaan mereka memperoleh semula gambar bersejarah ini. Saya hargai kecekapan polis Sepang," katanya.

Mesej Shijie disampaikan dalam bahasa Inggeris oleh rakannya rakyat Malaysia yang hanya ingin dikenali sebagai Teng, 65.

Selain Mohd Iqbal, turut menerima surat penghargaan daripada Shijie ialahTimbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Zaldino Zaludin.

Pada 6 Disember lepas, enam lukisan berharga RM1.5 juta karya pelukis terkenal dari China itu yang dilaporkan hilang di KLIA pada 20 November lepas ditemui semula di sebuah rumah di Damansara.

Penemuan semula itu membawa kepada penahanan lapan individu, termasuk seorang pemilik galeri bergelar Datuk, di sekitar Kuala Lumpur dipercayai mempunyai kaitan dalam kes kehilangan lukisan itu.

Kesemua karya Shijie adalah unik kerana ia berkisar pemandangan gunung tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest di mana setiap lukisan dilukis pada ketinggian berbeza.  

Tags / Kata Kunci: Bom palsu , khabar angin , lukisan , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan