Pengendali Kren Maut Semasa Jala Udang

Diterbitkan: Selasa, 10 Mac 2015 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

SITIAWAN: Seorang pengendali kren maut selepas tergelincir dan terjatuh daripada sampan yang dinaiki sewaktu menjala udang dengan rakannya di Sungai Dinding berhampiran dengan Jeti Kampung Baru, Sitiawan, malam Isnin.

Ketua Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan dari rakan mangsa pada 9.25 malam.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati Mohd Faizal Abdul Halim, 39, telah pun ditarik keluar oleh rakannya dari dalam sungai itu dan dibawa ke tebing berhampiran.

Mohd Zaki berkata, anggota bomba cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sementara menunggu ketibaan pihak hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sementara itu, isteri mangsa, Rashidah Saidin, 40, berkata beliau terkejut dengan insiden berkenaan dan menganggapnya satu ujian daripada Allah.

"Saya ada mendapat pesanan ringkas daripada suami saya mengatakan dia mahu menjala udang dengan rakannya dan tidak menyangka itu adalah mesej terakhir daripada dia," katanya.

Rashidah yang tinggal di Pantai Dalam, Kuala Lumpur berkata Mohd Faizal bekerja serta menetap di Sitiawan sejak dua tahun lepas dan sering ke lokasi itu untuk menjala udang dengan rakannya.

"Kali terakhir kami sekeluarga berkumpul ialah pada Selasa lepas di rumah saya di Kuala Lumpur namun dia tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Seri Manjung pada Selasa.

Mohd Faizal, yang merupakan pengendali kren sebuah syarikat di Kampung Acheh di sini, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak berusia antara 2 dan 9 tahun.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan