Disamun Ketika Semak Baki Wang Di ATM

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 4:56 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang perunding Teknologi Maklumat (IT) dikelar dan dirompak ketika dia menyemak baki wang simpanan di sebuah ATM di Kota Damansara pada pukul 6.30, Ahad.

Lelaki yang dilaporkan memakai topi keledar penuh itu berjalan di hadapan mangsa dan mengacukan pisau.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, perompak telah memaksa mangsa mengeluarkan wang tunai sejumlah RM1,000.

"Selepas keluarkan duit, perompak tersebut cuba menarik kad ATM mangsa dan berlaku pergelutan. Kemudian dia telah melibas pisau beberapa kali terhadap mangsa sebelum melarikan diri," katanya.

Tambahnya, suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi rakannya.

Mangsa yang cedera cedera kemudian menerima jahitan di kepala dan tangan.

Tags / Kata Kunci: ATM , Kota Damansara

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan