Pemandu Jengkaut Maut Dihempap Bongkah Batu

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 6:52 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap bongkah batu ketika melakukan kerja-kerja kuari di Sungai Raya, Keramat Pulai, di Simpang Pulai, dekat sini, Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Rozmi Che Hamat berkata dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi itu, K. Kanian, 59, maut akibat tersepit dalam jengkaut yang dikendalinya selepas dihempap batu berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.27 pagi dan sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati meninggal dunia akibat tersepit di bahagian tempat pemandu.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah dan mayatnya diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Sejumlah 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Simpang Pulai melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dan kami terpaksa menggunakan sebuah jengkaut lain untuk menarik batu besar yang menghempap mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.

Rozmi berkata operasi tamat pada 10.50 pagi dan kejadian dipercayai berlaku secara tiba-tiba apabila bongkah batu itu terjatuh di atas jengkaut itu.

Tags / Kata Kunci: Jengkaut , Polis

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan