SPRM Sahkan Tahan CEO Anak Syarikat Felda

Diterbitkan: Isnin, 9 Mac 2015 7:25 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuat tangkapan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat Felda pada 1 Mac lepas.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata CEO terbabit masih ditahan reman sehingga esok.

Beliau berkata SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan pada 26 Feb lepas.

"Dia (ahli perniagaan terbabit) ditahan reman sehingga 5 Mac dan disambung reman selama empat hari sebelum dibebaskan pada 7 Mac lepas," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Kedua-dua mereka yang berusia 44 tahun, ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menyeleweng wang anak syarikat Felda berhubung pembelian sebuah hotel di Port Dickson bernilai lebih kurang RM40 juta.

Beliau berkata sebanyak 23 individu diambil keterangan setakat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 a(A) Akta SPRM 2009.

"Siasatan masih berterusan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Felda

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan