Tiga Rakan Maut Motosikal Bergesel Sesama Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tiga rakan sekampung maut apabila motosikal mereka bergesel antara satu sama lain di Jalan Rasau, Pendang, pada Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, mereka dikenali sebagai Mohd Riduan Mohd Rafi, Syazwan Ahmad yang masing-masing berumur 16 tahun dan Muhammad Zainuddin Abdullah, 15.

Mohd Riduan dan Syazwan meninggal di tempat kejadian, manakala Muhamad Zainuddin meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata, dalam kejadian 7 malam itu, ketiga-tiganya dalam perjalanan untuk bersiar-siar sebelum tiga motosikal mereka bergesel antara satu sama lain.

Jenazah ketiga-tiganya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk dibedah siasat.

-- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan