Nik Nazmi Ditahan Lagi - Berita Jenayah | mStar

Nik Nazmi Ditahan Lagi

Diterbitkan: Ahad, 8 Mac 2015 1:39 PM

Nik Nazmi Nik Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan semula oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata Nik Nazmi dipanggil ke balai polis Dang Wangi kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

"Kami mengambil keterangan sebelum menahannya bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan yang diadakan pada Sabtu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Ini merupakan kali kedua Nik Nazmi ditahan pada tahun ini kerana menganjurkan perhimpunan haram.

Pada Februari, polis menahan beliau dirumahnya di Denai Alam sebelum dibawah ke balai polis Dang Wangi untuk soal siasat.

Perhimpunan #KitaLawan diadakan sebagai menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk membebaskan beliau yang dipenjara selama lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 28 Februari lalu, penganjur perhimpunan itu menolak tawaran daripada polis untuk berhimpun di dalam sebuah stadium.
Tags / Kata Kunci: #KitaLawan , Nik Nazmi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan