"Terima Kasih, Syukur Kepada Allah" - Zakia Aliep

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 2:24 PM

Musa Aman (kanan) bersama Zakia pada sidang akhbar, Sabtu bagi mengumumkan pembebasan Zakia selepas diculik kumpulan bersenjata dari selatan Filipina dalam insiden di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai tahun lepas.

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: "Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT," kata Lans Koperal Zakia Aliep yang dibebaskan pada Sabtu selepas diculik kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, Semporna, tahun lepas.

Anggota pasukan Polis Marin itu berterima kasih kepada kerajaan atas usaha berterusan membebaskannya selepas diculik kumpulan bersenjata itu pada 12 Julai tahun lepas ketika sedang melakukan rondaan di sebuah resort di pulau berkenaan.

"Terima kasih terutamanya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman) serta Polis Diraja Malaysia khususnya pengarah cawangan Khas dan timbalannya," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar oleh Musa untuk mengumumkan pembebasannya di sini, Sabtu.

Zakia, 26, tiba di Sandakan kira-kira pukul 7 pagi ini dan selepas berjumpa dengan Musa, dia diiringi pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah menaiki pesawat ke Kota Kinabalu.

Pada 12 Julai tahun lepas, Zakia dilarikan sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat yang melakukan serang hendap terhadap Pasukan Polis Marin di Pulau Mabul, Semporna.

Kejadian 11.10 malam itu turut mengorbankan rakan sepasukannya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32.
Tags / Kata Kunci: Zakia Aliep , Pulau Mabul , Musa Aman

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan