Hotel London: Anak Isa Samad Antara Dua Ahli Perniagaan Direkod Keterangan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 9:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua ahli perniagaan termasuk anak lelaki Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat berhubung urusniaga sebuah hotel di London.

Sumber memberitahu, kedua-dua lelaki berkenaan tidak ditahan bagaimanapun keterangan mereka direkod untuk membantu siasatan.

"Mereka dibenarkan pulang selepas percakapan mereka dirakamkan," kata sumber itu lagi.

Awal minggu ini dilaporkan pegawat tinggi di Perbadanan Pelaburan Felda (FIC) ditahan untuk membantu siasatan berkaitan pelaburan syarikat berkenaan.

Menurut sumber, tempoh tahanan reman untuk pegawai terbabit dilanjutkan empat hari lagi.

Seorang lagi ahli perniagaan dari syarikat berlainan dibebaskan selepas ditahan sejak 26 Februari.

Lelaki berkenaan ditahan untuk membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa.

FIC, entiti pelaburan baharu Felda memfokus kepada tiga aspek iaitu hospitaliti, hartanah serta minyak dan gas, bagaimanapun pemilikan terbaharunya mendapat perhatian pihak berwajib.

Pemilikan itu termasuk pembelian saham Encorp Bhd yang dimiliki dua pemegang saham utama membabitkan RM239.72 juga, selain mengumumkan pembelian hotel di Kensington, London pada harga £60 juta (RM334 juta).

Ia berlaku selepas Felda membelanjakan £98 juta (RM545 juta) tahun lalu untuk memiliki pangsapuri servis di kawasan Bayswater juga di London.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Mohd Isa Abdul Samad , London , FIC

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan