Kongsi Gelap: Berebut Kawasan Punca Pembunuhan Gaya 'Gangland'

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 12:25 PM

Mohmad Salleh (kanan) pada sidang media Ops Cantas Khas II.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pembunuhan gaya ‘gangland’ oleh kumpulan kongsi gelap sejak kebelakangan ini berpunca daripada perebutan kawasan pengedaran dadah, jelas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.

Berdasarkan maklumat yang diterima, kebanyakan kumpulan kongsi gelap melakukan pembunuhan turut terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Selalunya punca pembunuhan ini berlaku kerana perebutan kuasa di kawasan tertentu dan juga dendam,” ulasnya selepas taklimat ringkas kepada media mengenai Ops Cantas Khas II. 

"Kami telah mengenal pasti sebahagian besar daripada ahli kumpulan kongsi gelap dan sedang menunggu masa yang sesuai menangkap mereka.

“Sesetengah ahli kumpulan terbabit cuba menyembunyikan diri. Kami akan mencari dan dan menangkap mereka".

Ketika ditanya mengenai senjata api yang digunakan kumpulan kongsi gelap ini, Mohmad menjelaskan ia mudah diperoleh di negeri-negeri kawasan utara. 

“Demi untuk mengurangkan kadar jenayah, pihak kami mengambil inisiatif menubuhkan sebuah unit perisikan sempadan untuk membantu mengenal pasti sindiket yang terlibat dalam penyeludupan senjata api," katanya.

Dalam pada itu, Ops Cantas II yang bermula dari 20 Februari hingga 5 Mac, statistik menunjukkan indeks jenayah Selangor berkurang sebanyak 18 peratus dalam kes-kes yang dilaporkan.

“Salah satu masalah utama yang menyumbang kepada kebangkitan aktiviti kongsi gelap ini adalah dadah.

“Mereka akan terus mengedar dadah kerana menerima permintaan tinggi daripada golongan penagih. 

“Disebabkan jumlah yang terlalu ramai, pihak kami sukar untuk melakukan operasi dan ini merupakan kelebihan kepada kumpulan kongsi gelap untuk menjalankan kegiatan pemprosesan dadah," kata Timbalan komander Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid.

Roslan berkata, STING berusaha mencari lokasi penempatan heroin sebelum mengenal pasti 'watak utama' sindiket ini.

Jelasnya, rata-rata ketua pengedar yang terlibat terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi, malah turut menemui dadah jenis ketamin yang cuba dibawa masuk ke dalam negara.

Tags / Kata Kunci: Gaya gangland , STING

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan