Polis Edar Imej Individu Terlibat Kes Tembak Di Jalan Scotland

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mac 2015 8:06 PM

Abdul Rahim Hanafi

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis akan mengedarkan imej beberapa individu dipercayai anggota geng kongsi gelap bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki ditembak mati di Jalan Scotland di sini pada 2 Mac lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati beberapa individu itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang (Datuk Mazlan Kesah) akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkembangan kejadian itu dalam masa terdekat  dan saya juga telah arahkan beliau untuk mengedarkan imej mereka.

"Kami percaya mereka yang juga anggota geng kongsi gelap itu mampu membantu siasatan kes berkenaan," katanya yang enggan mengulas beberapa individu berkenaan dari kumpulan kongsi gelap mana.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kontijen Polis Pulau Pinang di sini, Sabtu.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, seorang pengarah syarikat kawalan keselamatan mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal ketika kereta yang dipandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Scotland.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan berhubung kehadiran sekumpulan individu yang didakwa mengedarkan buku bercanggah dengan ajaran Islam di kawasan Balik Pulau, dekat sini.

Pasukan berkenaan juga akan menjalankan rondaan lebih kerap di kawasan yang didakwa menerima buku-buku berkenaan.

"Siasatan lanjut masih di jalankan dan setakat ini, polis telah terima enam laporan berhubung kejadian berkenaan.

"Saya juga difahamkan selepas laporan polis pada Khamis, tiada lagi kehadiran sekumpulan individu mengedarkan buku-buku berkenaan," katanya.

Pada Khamis lepas, penduduk Balik Pulau di sini melahirkan kebimbangan dengan kehadiran sekumpulan individu yang didakwa mengedarkan buku bercanggah dengan ajaran Islam.

Buku itu, yang bertajuk 'Al-Masih Ringkasan Kisah Nyata Nabi Isa (Versi Bible)' dan setebal 30 muka surat, ditulis dalam bahasa Indonesia.

Ia dipercayai dibawa masuk secara haram ke negara ini kerana tidak mempunyai logo Kementerian Dalam Negeri dan dilaporkan diedar di lapan kampung di Balik Pulau sejak Selasa lepas. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Abdul Rahim Hanafi , Jalan Scotland , tembak

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan