Lelaki Disyaki Anggota 'Geng 18' Maut Ditembak Polis Di Kg Melayu Hicom

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 3:19 PM

Sebahagian kenderaan yang dirampas dalam Ops Cantas Khas Selangor yang ditempatkan di IPD Klang Selatan, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang lelaki warga tempatan disyaki anggota kumpulan gengster 'Geng 18' ditembak mati sepasukan polis dalam insiden berbalas tembakan di kawasan Kampung Melayu Hicom, dekat sini, Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, dalam kejadian 8 pagi itu, sepasukan anggota Ops Cantas Khas terserempak dengan suspek yang sedang memandu dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di sekitar sebuah sekolah rendah di Taman Sri Muda, dekat sini.

Cubaan pasukan berkenaan untuk menahan kereta yang dipandu lelaki berumur 35 tahun itu gagal apabila suspek bertindak merempuh kenderaan polis sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota terlibat.

"Di sebabkan itu, pasukan Ops Cantas Khas terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri, menyebabkan suspek memecut keretanya untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh (kanan) dan Abdul Samah (tengah) pada sidang media Ops Cantas Khas Selangor, Jumaat. 

Beliau berkata, kereta suspek dikejar sehingga ke Kampung Baru Hicom yang terletak lima kilometer dari tempat kejadian sebelum polis mengepung sebuah kedai besi buruk di situ, selepas mendapati kereta suspek diletak berhampiran.

Abdul Samah berkata, suspek yang panik dengan kehadiran polis bertindak melepaskan tembakan ke arah pasukan itu menyebabkan berlaku sekali lagi insiden berbalas tembakan sehingga meragut nyawa suspek.

Katanya, polis merampas sepucuk pistol jenis Revolver dan beberapa butir peluru yang digunakan suspek dalam insiden berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah ketika ditemui menyatakan siasatan awal mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau termasuk lima rekod membabitkan kes bunuh di sekitar Lembah Klang.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan