20,002 DVD Cetak Rompak Bernilai RM100,010 Dirampas

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 2:28 PM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 20,002 keping DVD cetak rompak bernilai RM100,010 dirampas dalam dua serbuan di Butterworth, di sini pada Rabu (4 Mac) dan Khamis (5 Mac). 

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata daripada jumlah itu, sebanyak 4,436 DVD pelbagai tajuk filem dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Butterworth pada pukul 6 petang Rabu (4 Mac).

"Dalam serbuan kedua di Jalan Raja Uda pada pukul 6.30 petang semalam pula, kami merampas 15,566 DVD cetak rompak pelbagai filem di sebuah rumah kedai dua tingkat," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Beliau berkata dua serbuan itu dibuat hasil maklumat awam dan risikan berikutan laporan sebuah syarikat yang memperoleh hak cipta untuk pengeluaran DVD filem-filem berkenaan mendakwa terdapat pihak lain mengeluarkan DVD cetak rompak milik mereka.

Iskandar Halim berkata hasil siasatan mendapati premis rumah kedai di Butterworth itu dijadikan tempat penyimpanan DVD cetak rompak sebelum diedar kepada peniaga lain di sekitar negeri ini.

Beliau berkata dalam serbuan di Jalan Raja Uda pula, pihaknya terpaksa menggunakan alat pemotong untuk memecahkan pintu premis yang berkunci dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu laluan rahsia melalui ruang tandas di kedai berkenaan yang membawa ke sebuah bilik penyimpanan DVD cetak rompak.

"Kami terpaksa melalui tiga pintu khas sebelum sampai ke bilik yang menyimpan pelbagai DVD itu dan siasatan mendapati kedai itu bukan sahaja menjual sendiri DVD-DVD itu malah merupakan pembekal kepada peniaga di sekitar negeri ini dan Kedah," katanya.

Iskandar Halim berkata kedai itu dipercayai menjalankan operasi sejak dua tahun lepas dan pernah diserbu serta diambil tindakan beberapa kali sebelum ini.

"Ketika serbuan, tiada sesiapa di kedua-dua premis itu. Usaha mengesan pemilik premis giat dijalankan bagi membantu siasatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: DVD

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan