Koperal Polis Ditahan Kes Lelaki Maut Terkena Tembakan

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 7:12 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang koperal polis ditahan berhubung kes seorang lelaki mati akibat terkena tembakan di Kampung Guar Nenas, Gurun pada Rabu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya.

Beliau berkata anggota polis berumur 30-an itu memaklumkan beliau telah melepaskan tembakan bertujuan memberi amaran kepada lelaki itu untuk memberhentikan motosikalnya yang disyaki dicuri daripada anggota polis itu.

"Bila mangsa ini memecut motor, dia (anggota polis) keluarkan sepucuk pistol, tembak ke arah bawah (untuk beri amaran) ... melihat lelaki itu terus bergerak melarikan diri.

"Dia lapor kepada pegawai dia telah melepaskan tembakan, lepas itu dia balik ke pejabat untuk serah pistol dia guna untuk lepas tembakan," katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Katanya anggota polis itu yang telah berkhidmat lebih 10 tahun ditahan pukul 7 malam semalam di Sungai Petani dan hari ini polis akan buat permohonan untuk meremannya untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tags / Kata Kunci: Polis , Tembakan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan