Ibu Bersama Bayi Antara Empat Maut Nahas Jalan Raya - Berita Jenayah | mStar

Ibu Bersama Bayi Antara Empat Maut Nahas Jalan Raya

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 8:51 AM

(Ubah saiz teks)

BELURAN: Seorang ibu bersama bayinya yang baru berusia lima hari, antara empat maut dalam nahas jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer 59 Jalan Beluran-Telupid, di sini pada Rabu.

Kemalangan kira-kira 2.15 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata pemandu kereta Perodua Myvi dikenali sebagai Ridzuan Basnu, 30, isterinya, Noorlilah Masli, 25, serta ibu Ridzuan, Gaya Gudang, 50, maut di tempat kejadian, manakala bayi perempuan itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan pada 8 malam Rabu.

Dua lagi penumpang kereta berkenaan iaitu anak lelaki pasangan suami isteri terbabit, Ahmad Kidam, 4, serta adik Noorlilah, Mohamad Hazawan Masli cedera parah dalam kemalangan tersebut.

Ketika kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Lidong selepas Noorlilah melahirkan bayinya di Hospital Beluran, lima hari lepas.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda dari arah Telupid itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan lantas bertembung dengan Perodua Myvi itu, katanya.

Menurutnya kejadian itu menyebabkan kedua-dua kenderaan hancur teruk di bahagian hadapan, manakala kereta Myvi turut tercampak ke sebelah kiri jalan dan terbalik.

Katanya lelaki yang memandu kereta pacuan empat roda itu yang berusia 30 tahun dan penumpangnya, seorang wanita berusia 25 tahun hanya mengalami cedera ringan.

Sivanathan berkata pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags / Kata Kunci: Beluran
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan