Buku Didakwa Bercanggah Ajaran Islam Diedar Di Balik Pulau

Diterbitkan: Khamis, 5 Mac 2015 6:59 PM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Penduduk Balik Pulau melahirkan kebimbangan dengan kehadiran sekumpulan individu yang didakwa mengedarkan buku bercanggah dengan ajaran Islam.

Buku bertajuk 'Al-Masih Ringkasan Kisah Nyata Nabi Isa (Versi Bible)' dalam bahasa Indonesia setebal 30 muka surat yang dipercayai dibawa masuk secara haram ke negara ini kerana tidak mempunyai logo Kementerian Dalam Negeri, dilapor diedar di lapan kampung di Balik Pulau sejak Selasa (3 Mac) lepas.

Penduduk Kampung Jalan Baru, Hasma Yahya, 55, berkata buku-buku yang didakwa bercanggah dengan ajaran Islam itu diletakkan di hadapan rumah penduduk di kawasan berkenaan pada awal pagi.

"Mengapa sasarkan kampung kami yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Zuraidah Senafi, 38, pula berkata buku itu ditemui di hadapan rumahnya oleh suaminya awal pagi semalam.

"Suami hendak keluar bekerja ketika itu dan dia ternampak sebuah buku di hadapan rumah sebelum mengambilnya. Kami terkejut selepas mendapati ia seperti Bible dalam bahasa Indonesia," katanya.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Balik Pulau, Hisham Abd Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada penduduk kampung mengenai pengedaran buku itu sejak dua hari lepas.

"Setakat ini kami telah menerima lebih 50 naskhah buku itu dan akan diserah kepada pihak berkuasa. Setelah diteliti, memang terdapat beberapa fakta yang bercanggah dengan ajaran Islam.

"Berikutan itu, Pemuda Umno Balik Pulau bersama tujuh pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pinang (di Balik Pulau)," katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Shah Hussain Shah berkata pihaknya juga akan membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan berharap tindakan segera akan diambil.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung pengedaran buku-buku itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298 A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan keresahan agama.

Tags / Kata Kunci: Kementerian Dalam Negeri

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan