Perhimpunan #KitaLawan Haram - Berita Jenayah | mStar

Perhimpunan #KitaLawan Haram

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 8:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan #KitaLawan bagi membantah penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Mac ini adalah tidak sah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihak berkuasa gagal mencapai kata putus dengan pihak penganjur ketika pertemuan pada Rabu.

“Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak mengikut prosedur yang sah untuk memohon permit mengadakan perhimpunan di hadapan kompleks beli-belah Sogo Sabtu ini.

“Mereka tidak mengemukakan notis 10 hari seperti yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

"Mereka juga menolak cadangan kami supaya perhimpunan tersebut diadakan di stadium," katanya kepada The Star Online.

Sebanyak enam aduan dilaporkan berhubung perhimpunan #KitaLawan oleh peniaga-peniaga berhampiran termasuk pengurusan Sogo.

“Tugas kami hanyalah menjaga ketenteraman awam dan sekiranya mereka masih berdegil, pihak kami tidak teragak-agak untuk bertindak,” tambahnya lagi.

Sementara itu Naib President PKR, Tian Chua berkata, mereka akan tetap meneruskan perhimpunan itu tanpa menghiraukan amaran polis.

“Polis tiada hak meminta orang ramai menukar lokasi perhimpunan malah tiada keperluan untuk mendapatkan permit,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan