Polis Siasat Kaitan Kes Bunuh Di Kedah, Pulau Pinang

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 12:40 PM

Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang dan Kedah bekerjasama untuk menentukan sekiranya terdapat kaitan antara dua kes tembakan yang berlaku di kedua-dua negeri pada hari sama.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata, dua pembunuhan itu mungkin dirancang oleh individu yang sama.

"Kita sekarang sedang melihat kepada suspek utama. Bagi kita masa dua hingga tiga hari untuk menangkap dia," katanya kepada pemberita selepas satu program kesedaran mengenai jenayah di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang di sini.

Pada Isnin lalu, seorang lelaki S. Thanabalan, 34, ditembak sebanyak tujuh kali di dalam keretanya sejurus tiba di kediamannya di Jalan Lecongan Timur di Sungai Petani dalam satu kejadian pada pukul 12.15 pagi.

Dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, seorang pengarah firma keselamatan, E. Selvakumar, 51, mati selepas ditembak sekurang-kurangnya tujuh kali di keretanya dekat persimpangan Jalan Scotland dan Jalan Batu Gantung dalam kejadian pada pukul 9.30 malam.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan