Curi RM210, Pengawal Keselamatan Dipenjara 6 Bulan

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat mencuri wang tunai RM210, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu ke atas Faridzul Awang Bahari, 30, setelah dia mengaku bersalah mencuri wang tunai milik Nur Aisyah Abdul Ghani, 27, seorang kakitangan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Faridzul, yang juga bekerja di ITBM, didakwa melakukan kesalahan itu di Wisma ITBM di Wangsa Maju di sini pada 7.30 malam, 1 Mac lepas.

Ashraf Rezal memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh Faridzul ditangkap pada 3 Mac.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah dipenjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, mangsa kehilangan wang tunai RM210 yang disimpan di dalam laci berkunci.

Selepas melihat rakaman kamera litar tertutup, Faridzul didapati mencuri wang itu dengan membuka laci menggunakan kunci yang disorok di dalam rak alat tulis.

Faridzul, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak mampu dan berjanji memulangkan duit yang dicuri itu, namun Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

Tags / Kata Kunci: Curi , ITBM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan