Bomoh Cabul Ketika Berubat

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 3:29 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini, atas dua pertuduhan cuba mencabul dua wanita, bulan lepas.

Rifli Misdi, 55, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berumur 59 tahun, dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa di sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor di sini, pada 11.30 malam, 19 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap seorang wanita berumur 29 tahun yang juga menantu kepada mangsa pertama di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Rifli didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pegawai pendakwa Inspektor Fauziah Hanim Abuhan menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Majistret Zulyana Zollkapli membenarkan Rifli yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: Cabul , Bomoh

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan