Bekas Polis Mati Ditikam Selepas Bertengkar Dengan Sekumpulan Lelaki

Diterbitkan: Rabu, 4 Mac 2015 12:22 PM

Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang bekas anggota polis ditemui mati selepas terlibat dalam pertengkaran dengan sekumpulan lelaki di sebuah kedai di sini, awal pagi Rabu.

Ang Kean Eng, berusia dalam lingkungan 30-an bergegas keluar dari kedai berkenaan dan rebah di tengah jalan dengan kesan luka di kepala dan muka dalam kejadian pada pukul 1.50 pagi di Taman Anggerik.

Dia ditikam sekurang-kurangnya empat kali di bahagian perut dan dada, dan meninggal dunia di tempat kejadian. Sebilah parang sepanjang 50 sentimeter ditemui di sebelah mayatnya.

Polis menemui kesan darah di kaki lima bangunan kedai dan di hadapan kedai yang dimasuki mangsa sebelum itu.

Saksi berkata, Ang terlibat dalam pertengkaran dengan sekumpulan lelaki dan kemudiannya bergegas keluar dari premis tersebut dalam keadaan cedera sebelum rebah di atas jalan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan