Polis Tahan Tiga Lelaki Bantu Kes Tembak

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tiga lelaki termasuk seorang ahli perniagaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki mati ditembak di Jalan Scotland di sini, Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata tiga lelaki berusia 28 hingga 51 tahun itu ditahan secara berasingan di George Town dan Butterworth, awal pagi Selasa.

"Polis menahan rakan mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 51 tahun di George Town pada pukul 1 pagi ini.

"Ekoran penahanan itu, kami menahan dua lagi lelaki di Butterworth masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai dan kerja sendiri bagi membantu siasatan kes itu," katanya.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan urusan perniagaan, bagaimanapun motif sebenar kejadian masih disiasat.

Mior Faridalatrash berkata ketiga-tiga lelaki itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada 9.30 malam tadi, seorang lelaki berusia 51 tahun dan bekerja dengan syarikat pengawal keselamatan mati ditembak dua lelaki yang menunggang motosikal ketika kereta yang dipandunya berhenti di lampu isyarat di Jalan Scotland di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mazlan Kesah berkata lebih lima tembakan yang dilepaskan dari sebelah kanan kereta mangsa mengenainya menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

Sementara rakannya berusia 54 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan berjaya menyelamatkan diri.

Tags / Kata Kunci: Tembak

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan