Ops Licin 2: SPRM Tahan 10 Lagi Pegawai Polis

Diterbitkan: Selasa, 3 Mac 2015 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan 10 lagi pegawai polis bagi membantu siasatan kes berkaitan melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand.

Mereka berumur antara 25 hingga 58 tahun.

Dengan tangkapan terbaru itu, jumlah mereka yang ditahan menerusi Ops Licin 2 adalah seramai 25 orang.

Menurut kenyataan SPRM, tujuh daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Kedah selepas dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap, manakala dua lagi di Balai Polis Kota Putra, Padang Terap.

"Mereka yang ditahan antara 11.30 pagi dan 2 petang tadi terdiri daripada enam anggota polis berpangkat koperal dan masing-masing berpangkat konstabel, sarjan dan sarjan mejar.

Beliau berkata, seorang lagi dari kumpulan itu merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditahan di Kem PGA Ulu Kinta, Perak.

Ops Licin 2 dijalankan sejak semalam bagi mengesan anggota penguat kuasa yang terbabit meminta dan menerima rasuah, dipercayai bagi melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand.

Pada Isnin, SPRM menahan 15 individu termasuk 13 pegawai penguat kuasa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan PGA dan masing-masing seorang bekas pegawai UPP dan orang awam.

Kesemua mereka yang ditahan semalam telah dibebaskan hari ini selepas kenyataan mereka diambil.

"Di Kedah, kesemua lapan orang termasuk bekas penguat kuasa UPP telah dibebaskan dengan jaminan. Pegawai penguat kuasa bebas dengan jamin mulut manakala bekas penguat kuasa dengan seorang penjamin dan wang tunai RM10,000.

"Di Perak, enam anggota PGA telah dibebaskan dengan jamin mulut. Seorang awam yang ditahan semalam di Perak juga telah dibebaskan dengan jamin wang tunai RM2,500 dengan seorang penjamin," kata SPRM.

Menurut SPRM, orang awam yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 manakala pegawai penguat kuasa disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu  Bernama pihaknya akan menunggu maklumat hasil siasatan terperinci daripada SPRM terhadap kesemua anggotanya.

"Kita tunggu siasatan SPRM selesai dan selepas itu, kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya tanpa mengulas lanjut.


Tags / Kata Kunci: SPRM , Ops Licin 2 , polis , Padang Terap

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan